Sentuhan Kasih Ramadhan Bersama KEMAS

25 Mac 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 24 March 2024, pihak pengurusan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Surau bersama kanak-kanak Tabika KEMAS Kampung Surau telah mengadakan program Sentuhan Kasih Ramadhan Bersama Penduduk Kampung. Aktiviti diadakan di Masjid Uthman Bin Al Affan Kg Surau dan telah disertai oleh 40 orang peserta yang berlangsung selama 4 jam bermula dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang.

Tujuan program ini diadakan untuk menyatuni penduduk kampung bersama KEMAS. Dapat berkongsi mengenai kempen Klik Dengan Bijak bersama komuniti. Mewujudkan sifat tanggungjawab dan kerjasama semua penduduk. Dengan adanya program seperti ini, dapat membantu kanak-kanak tabika dan penduduk sekitar lebih celik ICT serta mengetahui kaedah sains dalam kehidupan. Aktiviti ini dapat mempromosikan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) kepada komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali